26 Mac 2007

Jenis Pengangkutan

Kereta





Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya dan mengangkut penumpang daripada membawa barangan, walaupun kadangkala kenderaan lasak (SUV - Sport Utility Vehicle) membenarkan penggunaan kereta di luar jalan raya. Di dunia ini sekarang terdapat beberapa jenis jenama kereta; yang terkenal ialah Toyota, Honda, BMW, Mercedes Benz,PROTON,Hyundai, Volvo, Isuzu, Mazda, Skoda,Nissan dan Citroen.


Kereta api




Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (Malayan Railway Administration), ia kini dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Bhd atau KTMB) kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi Antara Bandar (Intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.


Kapal terbang



Kapal terbang merujuk kepada kenderaan yang boleh terbang di udara seperti burung. Ia merupakan sejenis pesawat udara bersayap kekal.



Kapal laut


Sehingga era 70-an, kapal laut masih lagi menjadi pengangkutan utama bagi rakyat Malaysia untuk pergi ke mana-mana destinasi di dunia. Kapal haji yang bernama “Eastern Queen” telah membawa jemaah haji terakhir pada tahun 1977.






































































3 ulasan:

bahariyahsmkhk berkata...

boleh la.... percubaan yang baik.

onah berkata...

Bagus!Good try..

zai berkata...

short & sweet.