Kereta
Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya dan mengangkut penumpang daripada membawa barangan, walaupun kadangkala kenderaan lasak (SUV - Sport Utility Vehicle) membenarkan penggunaan kereta di luar
jalan raya. Di dunia ini sekarang terdapat beberapa jenis jenama kereta; yang terkenal ialah
Toyota,
Honda,
BMW,
Mercedes Benz,
PROTON,
Hyundai,
Volvo,
Isuzu,
Mazda,
Skoda,
Nissan dan
Citroen.
Kereta api

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali
kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (Malayan Railway Administration), ia kini dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Bhd atau KTMB) kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun
1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut
timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi Antara Bandar (Intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.
Kapal terbang

Kapal terbang merujuk kepada
kenderaan yang boleh terbang di udara seperti burung. Ia merupakan sejenis
pesawat udara bersayap kekal.
Kapal laut

Sehingga era 70-an, kapal laut masih lagi menjadi pengangkutan utama bagi rakyat Malaysia untuk pergi ke mana-mana destinasi di dunia. Kapal haji yang bernama “Eastern Queen” telah membawa jemaah haji terakhir pada tahun 1977.
3 ulasan:
boleh la.... percubaan yang baik.
Bagus!Good try..
short & sweet.
Catat Ulasan