27 Mac 2007

Alam Semulajadi

Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".
Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanyan, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuknya manusia. Berdasar ini, masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_semula_jadi


Kategori Alam Semulajadi

Tumbuh-tumbuhan

Tumbuhan ialah sejenis organisma yang dikaji oleh ahli-ahli botani. Untuk angiosperma, atau tumbuhan berbunga, sila lihat subkategori Magnoliophyta.


Pokok Adas
Pokok Adas (bahasa Inggeris: fennel) ialah satu spesies pokok ulam dalam genus Foeniculum (diolahkan sebagai spesies yang tunggal oleh banyak ahli botani) yang berasal daripada Eropah selatan (khususnya Laut Mediterranean) dan Asia barat daya. Pokok ini adalah ahli famili Apiaceae (dahulu Umbelliferae). Nama botaninya Foeniculum vulgare




Pokok Bayam
Pokok Bayam merupakan sejenis pokok dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis pokok Bayam Hijau dan pokok Bayam Merah.Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun.





http://ms.wikipedia.org/wiki/Tumbuhan


Haiwan
Haiwan (juga digelarkan binatang ataupun fauna), adalah salah satu hidupan yang terdiri daripada yang mempunyai satu sel hinggalah kepada yang mempunyai banyak sel.


Amfibia





Katak merupakan sejenis haiwan amfibia berdarah sejuk, yang makan serangga.















http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Haiwan

6 ulasan:

Unknown berkata...

That's very good. So nice! Teruskan usaha anda.

acepantai berkata...

Amat baik.Tahniah atas usaha anda.

rosyati marzuki berkata...

good try

misahmail@yahoo.com berkata...

menarik

Alijah Salleh berkata...

mudah untuk dibaca...

Kamalrul Ariffin Bin Sharif berkata...

ok. menarik.hebat.cool