Pusat Sumber sekolah bersama-sama Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab telah menganjurkan Bulan Bahasa dan Membaca 2010 peringkat sekolah. Beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya pertandingan membaca tahun 1, pertandingan bercerita tahun 2, pertandingan menalam syair tahun 3, pertandingan pidato tahun 5 dan pertandingan menulis berkomputeran. Bulan Bahasa dan Membaca kali ini dijalankan dan diacarakan oleh dua orang guru pelatih dari IPG Perempuan Melayu Melaka. Majlis penutupannya akan dijalankan pada 26 Julai 2010 pada jam 7.45 pagi bertempat di Dataran Ilmu SKSD.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan